Pembudayaan keusahawanan – Sejuta Usahawan Berkualiti oleh MARA

KUALA LUMPUR 25 APRIL - Sejajar dengan misi untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan serta bagi memastikan penguasaan ekuiti bumiputera dapat dicapai, Majlis Amanah Rakyat (MARA) amat menitikbe­ratkan penerapan budaya keusahawanan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, MARA akan terus menumpukan usaha memperkasakan usahawan bumiputera melalui pembangunan usa­hawan baharu, pengukuhan usahawan sedia ada serta pembangunan enterprise melalui pendekatan strategik keusahawanan sebagai teras.

Katanya, pende­katan strategik ter­sebut akan dilaksanakan menerusi penyemaian buda­ya keusahawanan dan penerapan pemi­kiran keu­sahawanan­ melalui platform pen­­didikan di IPMa.

“MARA bukan sa­­haja membantu da­ri segi kewangan, malah juga menyediakan pro­gram latihan keusahawanan, kemudahan­ khidmat nasihat perniagaan, pemasaran dan promosi serta pembangunan­ teknousahawan di IPMa untuk mereka yang telah dan ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Komitmen ini dapat dilihat apabila sepanjang 50 tahun penubuhannya, MARA telah melahirkan lebih sejuta usahawan de­ngan jumlah modal pusingan ganti sebanyak RM2.5 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail menambah, pada tahun ini, MARA Startup and Accelerator Edupreneur Model (MSEAD) diperkenalkan ba­­gi membolehkan minat pelajar dalam bidang keusahawanan ini dapat dilihat seawal peringkat pe­ngajian lagi sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan dalaman.

“Program keusahawan yang lebih ber­struktur dan holistik ini akan memberi pe­luang kepada para pelajar menjana pendapatan semasa dalam pengajian di samping meningkatkan tahap kebolehpasaran pelajar itu sendiri,” katanya.

Katanya lagi, turut diperkenalkan adalah program keusahawanan digital (eUsahawan) yang merupakan salah satu inisiatif oleh ke­rajaan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital dalam kala­ngan golongan belia dan usahawan mikro di mana melalui program eUsahawan ini juga, pelajar IPMa ber­peluang untuk me­­nerokai ilmu perniagaan secara dalam talian dan membantu mereka untuk mengembangkan perniagaan.

“Peluang untuk menjana penda­pa­tan sampingan ki­ni bukan sahaja setakat hobi suka-suka tetapi menjadi kerjaya serius yang perlu dipertimbang­kan oleh setiap pe­lajar. Pada tahun 2016, seramai 6,149 pelajar Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Ins­titut Perindustrian MARA-Jepun (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) telah bergelar keusahawan de­ngan jumlah pendapatan seba­nyak RM1.45 juta.

“seramai 1,678 pe­lajar Kolej Profesional MARA (KPM) pula menyertai program ini dan me­lalui aktiviti perniagaan secara dalam talian sehingga bulan Di­sember 2016, jumlah jualan mereka telah mencecah lebih RM1 juta,” katanya.

Jelas Ismail, hasrat melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) sudah pasti mewujudkan lebih ramai majikan­ (job creator) dalam kalangan bumiputera yang bukan sekadar mencipta kekayaan malah turut mencipta peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Sementara itu, katanya, MARA akan menggunakan konsep ‘Teaching Factory’ untuk menjadi nilai tambah dalam usaha memperkasakan bidang TVET. Pendekatan latihan yang baharu ini diharap dapat memecahkan had pengetahuan dalam mewujudkan transformasi produk dan bahan yang bermanfaat untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Sehubungan itu, MARA melalui KKTM Masjid Tanah, Melaka telah bekerjasama dengan syarikat Composite Technology & Research Malaysia (CTRM) sejak tahun 2015 untuk membekalkan tenaga kerja dalam bidang industri aeroangkasa bertepatan de­ngan Pelan Induk Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

“Pelan ini menggariskan rancangan jangka masa panjang bagi pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia sehingga tahun 2030 di mana sasaran utamanya ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang menerajui bidang aeroangkasa di Asia Tenggara dan menjadi sebahagian da­ripada pasaran global pada tahun tersebut,” katanya.

Tambahnya, kerjasama ini bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi yang memenuhi tiga elemen kompetensi iaitu teknikal, sosial dan kemanusiaan.

“KKTM Masjid Tanah terpi­lih sebagai hab kecemerlangan dalam bidang aeroangkasa kerana kepakaran tenaga pengajar mereka dalam bidang teknologi pemprosesan komposit malah fasiliti di KKTM Masjid Tanah juga memenuhi spesifikasi sebagai pusat industri aeroangkasa.

“Selain itu, kerjasama ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengajar ilmu pe­ngetahuan baharu berkaitan de­ngan penyelidikan dan pembuatan produk industri aeroangkasa,” katanya.