Program eUsahawan mendapat pengiktirafan “The Malaysian Book of Records”

Program eUsahawan telah mencatat satu lagi sejarah yang membanggakan apabila mendapat pengiktirafan oleh "The Malaysian Book of Record".

Sebanyak 114 kelas ‪#‎‬eUsahawan‬ yang melibatkan 3,138 ORANG PESERTA telah dijalankan secara SERENTAK di SELURUH NEGARA bermula pada 29 sehingga 31 Julai 2016.

Program bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berbahagia Dato' Seri Idris Bin Jusoh, pada 30 Julai 2016 yang bertempat di Politeknik Hulu Terengganu

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti atas pengiktirafan oleh "The Malaysian Book of Records"!!

Program eUsahawan mendapat pengiktirafan The Malaysian Book of Records

#eUsahawan ‪#‎‬mdec‬ ‪#‎‬youcanduit‬