Keratan Akhbar
Video
Najib mengumumkan senarai pelaksanaan inisiatif digital
Najib mengumumkan senarai pelaksanaan inisiatif digital
Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak telah mengumumkan senarai kerja digital yang akan dilaksanakan sebagai inisiatif pengukuhan aspek digital dan ekonomi negara. Antara inisiatif yang dibentangkan adalah berkenaan pertumbuhan inovasi Rangka Analisis Data Besar (BDA) yang akan diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Lebih Lanjut
Marketplace dalam talian memudahkan eCommerce
Marketplace dalam talian memudahkan eCommerce
Bagi merealisasikan matlamat 2018 untuk menggandakan peniaga online dalam platform yang disediakan, Lazada telah bekerjasama dengan SSM, SME, Maybank dan Telekom Malaysia untuk melancarkan program eCommerce berintegrasi penuh yang dinamakan #Everyonecansell. Menjelang tahun 2018, Lazada menganggarkan seramai 50,000 peniaga online akan menggunakan Lazada sebagai platform perniagaan mereka. CEO Lazada, Hans Peter Ressel mengumumkan dalam Persidangan Peniaga eCommerce bahawa peserta program #Everyonecansell akan dapat akses penuh latihan eCommerce, pendaftaran perniagaan mudah, sambungan internet yang lebih baik dengan 'online tools' dan penyelesaian, serta sokongan kewangan melalui pinjaman dan akaun peniaga eksklusif.
Lebih Lanjut
Tingkatkan kuasa perniagaan eCommerce anda
Tingkatkan kuasa perniagaan eCommerce anda
Kepentingan sistem pembayaran dalam talian kini semakin diberi perhatian seiring dengan peningkatan penggunaan eCommerce dalam urusan jual beli. Keperluan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi atau lebih dikenali sebagai API (Application Programming Interface) pada setiap gerbang pembayaran untuk membolehkan komunikasi antara dua sistem dijalankan. Gerbang pembayaran seperti PayPal dan iPay88 adalah antara contoh yang menggunakan sistem API ini. Sehubungan itu, Pipwave, sebuah produk utama Dynamic Podium Sdn. Bhd. telah dilancarkan sebagai platform penyelesaian pembayaran yang berupaya menggabungkan 200 kaedah pembayaran, menjadikan gerbang pembayaran dalam talian lebih murah dan selamat.
Lebih Lanjut
Peserta eUsahawan manfaatkan program #MYCYBERSALE
Peserta eUsahawan manfaatkan program #MYCYBERSALE
Pasangan ibu dan anak yang juga merupakan peserta eUsahawan bergandingan bahu untuk menyertai program #MYCYBERSALE yang telah dilaksanakan pada 9 hingga 13 Oktober lepas. Noor Liner Kassim, 58 dan anak lelaki beliau, Muhammad Hasif Azizan, 25 adalah antara 100 peserta eUsahawan yang terlibat dalam kempen tersebut. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana mereka memanfaatkan kelebihan program #MYCYBERSALE untuk meningkatkan jualan perniagaan yang dimiliki.
Lebih Lanjut
Amirul Hafiz mahu menyebarkan ilmu perniagaan internet
Amirul Hafiz mahu menyebarkan ilmu perniagaan internet
Sehubungan dengan pelancaran eUsahawan pada tahun 2015, para usahawan daripada kalangan belia dan peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana kini boleh menimba ilmu perniagaan berkesan dan terkini. Klik pada gambar untuk mengikuti perjalanan 10 tahun Amirul Hafiz sebagai usahawan yang kini turut dikenali sebagai tenaga pengajar bertauliah oleh MDEC.
Lebih Lanjut