Video
Video
#YOUCANDUIT Bersama eUsahawan
#YOUCANDUIT Bersama eUsahawan

#YOUCANDUIT merupakan kempen digital untuk meningkatkan pendapatan tambahan untuk rakyat Malaysia melalui inisiatif digital eRezeki dan eUsahawan. Nak tahu kelebihan dan syarat-syarat untuk menyertai program #YOUCANDUIT? Selebriti dan usahawan terkenal, Fizo Omar boleh berkongsi jawapannya dengan anda.

Sumber: Facebook eUsahawan MY

Video promosi eU@Marketplace
Program Transformasi Usahawan Digital Jeli

MDEC membawa program eUsahawan terus kepada penduduk Jeli dalam usaha mentransformasi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menggunakan platform digital bagi menjana pendapatan lumayan. Program Transformasi Usahawan Digital Jeli telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli.

Sumber: YouTube MDEC eUSAHAWAN

Tingkat Pendapatan Graduan TVET Melalui eUsahawan MDEC
Tingkat Pendapatan Graduan TVET Melalui eUsahawan MDEC

Ke arah membantu meningkatkan peluang pendapatan para graduan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), MDEC telah memperkenalkan program eUsahawan. Program ini bakal merubah Kurikulum model keusahawanan dan teori konvensional TVET kepada pengkhususan dalam penjanaan pendapatan melalui platform digital. Satu temu bual bersama Pengarah Bahagian Belia MDEC, Sumitra Nair bagi memahami pendekatan dan kelebihan program eUsahawan yang dilaksanakan.

Sumber: YouTube BERITA NASIONAL RTM

eUsahawan Percepat Keusahawanan Digital
eUsahawan Percepat Keusahawanan Digital

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berharap program eUsahawan berupaya memperluas dan mendedahkan golongan belia kepada keusahawanan digital. Menerusi program itu, pendidikan keusahawanan digital dimasukkan dalam kurikulum Pusat Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) serta diperluas kepada komuniti usahawan mikro melalui kursus jangka pendek.

Sumber: YouTube ASTRO AWANI

eUsahawan, Inisiatif Merakyatkan Ekonomi Digital
eUsahawan, Inisiatif Merakyatkan Ekonomi Digital

Agenda Awani Khas mengupas topik eUsahawan sebagai satu Inisiatif Merakyatkan Ekonomi Digital. Diskusi bersama Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Datuk Yasmin Mahmood dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, KPM, Datuk Amir Md Noor.

Sumber: YouTube ASTRO AWANI

Video promosi eU@Marketplace
Video promosi eU@Marketplace
eU@ marketplace merupakan salah satu dari initiatif MDEC untuk membantu peserta-peserta eUsahawan untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih luas. MDEC membantu peserta dengan menyediakan platform dagangan online untuk menjual dan mempromosikan produk mereka ke pasaran luar dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.
Persidangan Daya eUsahawan 2016 (MDEC)
Persidangan Daya eUsahawan 2016 (MDEC)
Kemuncak Persidangan Daya eUsahawan 2016 ini berlangsung pada 8-9 November 2016 bertempat di KL Convention Centre dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Dato' Sri Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
eUsahawan Launch Video
eUsahawan Launch Video
Program eUsahawan merupakan suatu initiatif MDEC yang diterajui oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertujuan untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan usahawan kecil dan muda yang sedia ada.
Daya eUsahawan 2015 Highlights Video (MDEC)
Daya eUsahawan 2015 Highlights Video (MDEC)
Program Daya eUsahawan 2015 berlangsung pada 25 & 26 November 2015 di PWTC, Kuala Lumpur, Malaysia.