Bimbingan dan Mentor
Bimbingan dan Mentor

Kekurangan pengalaman dan ilmu perniagaan mungkin menyebabkan seseorang rendah diri dan tidak bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan.

Namun melalui latihan dan kursus keusahawanan MDEC yang disediakan, potensi dan bakat perniagaan dapat diserlahkan oleh setiap usahawan kami.

Maksimumkan potensi sebenar individu dan perniagaan melalui bimbingan oleh ahli industri dan pakar bidang khusus.

15 peserta bertuah eUsahawan telah dipilih untuk mengikuti program Boost Your Business (BYB) selama 3 hari. Para peserta telah mendapat manfaat yang berguna seperti;

Mengenali Potensi Diri

Menyelami Cara Minda Beroperasi

Mengetahui Cara Untuk Memprogramkan Diri

Anda tidak mahu terlepas peluang untuk menyertai program eUsahawan? Jangan lupa untuk ke portal eUsahawan bagi mendapatkan tawaran hebat dan maklumat aktiviti eUsahawan yang terkini!