Kewangan dan Dana
Kewangan dan Dana
Pengurusan kewangan dan dana bagi kelestarian perniagaan yang dibina.

Bank Negara

Bank Negara Malaysia merupakan badan berkanun yang mula beroperasi pada 26 Januari 1959. Bank Negara Malaysia tertakluk kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009. Peranan Bank Negara Malaysia adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan.

Maklumat di bawah disediakan oleh Bank Negara:

RINGGIT Buletin Peringatan Kepada Semua Pengguna Amaran Penipuan Kewangan Infografik

Risalah yang terkini (boleh dimuat turun):

IBG via ATM (BM) IBG via Internet & Mobile Banking (BM) Safe Online Banking Practices (BM)

AKPK

Menerusi kerjasama MDEC dan rakan strategik – Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), jalinan usahasama ini dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran dan menyemai pengetahuan tentang kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah dalam kalangan rakyat. Sejajar dengan wawasan untuk membudayakan kesejahteraan kewangan rakyat dan negara, AKPK merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara bagi membantu individu menguasai situasi kewangan dan menggunakan kredit secara bijak.

Program Pengurusan Kredit (PPK)
Program Pengurusan Kredit (PPK)
Adakah anda dibelenggu dengan beban hutang yang tidak terkawal dan turut diganggu pemiutang? Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, AKPK boleh membantu anda. AKPK merupakan sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan kewangan kepada individu yang layak tanpa sebarang bayaran.
Lebih lanjut
4 Tips Kewangan Perniagaan
4 Tips Kewangan Perniagaan
Dasawarsa ini, kerancakan ekonomi dalam era globalisasi memperlihatkan peningkatan penglibatan individu dalam bidang perniagaan. Namun, adakah ilmu perniagaan yang ada pada seseorang itu cukup untuk memastikan kemandirian perniagaan mereka? Ketika membina empayar perniagaan, pengurusan kewangan adalah sangat penting. Mari kita lihat 4 panduan kewangan ringkas perniagaan yang berguna.
Lebih lanjut

Maybank

Kerjasama yang terjalin antara Maybank dengan MDEC adalah untuk membantu usahawan mikro mencapai cita-cita murni melalui usaha mengembangkan perniagaan mereka ke anjakan dimensi yang lebih tinggi. Maybank sebagai salah satu rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia menjalankan operasi perbankan dalam dan luar negara. Rebutlah peluang bersama Maybank untuk mengubah impian perniagaan anda kepada suatu realiti indah dan membanggakan.

Perjalanan Perniagaan Fitrah Food.
Perjalanan Perniagaan Fitrah Food
Dahulu, ayah dan bapa saudara En. Zulqadri mempunyai satu impian yang bermula dengan hanya sebuah lori. 10 tahun kemudian, En. Zulqadri, Pengerusi Syarikat Fitrah Food telah mengembangkan perniagaan keluarganya dengan kemahiran yang telah dipelajari selama ini. Sekarang, Fitrah Food merupakan salah satu minuman yang diedar secara meluas di pasaran negara ini seterusnya mengangkat perniagaan keluarganya ke tahap yang lebih tinggi. Ini adalah salah satu kisah kejayaan yang boleh menjadi kisah anda. Serlahkan potensi perniagaan anda bersama kami!
Lebih lanjut
Cendawan Mampu Ubah Nasib
Cendawan Mampu Ubah Nasib
Apakah rahsia Pn. Zalina A. Ghani sehingga nasib beliau berubah? Sebagai seorang ibu tunggal yang menggalas tanggungjawab untuk menyara 3 orang anaknya, Pn. Zalina tidak pernah berputus asa untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Bermula dengan perusahaan Cendawan Tiram Kelabu di rumah sendiri atas sokongan adik lelakinya, Pn. Zalina kini berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka satu lagi ladang Cendawan Tiram Kelabu di Pekan, Pahang. Bukan sekadar pinjaman saja untuk memperkembangkan perniagaan beliau, ia adalah lebih daripada itu. Tontonilah video untuk ketahui maklumat selanjutnya.
Lebih lanjut