Kisah Kejayaan
Kisah Kejayaan
Keyakinan Pelanggan Kunci Kejayaan
eUsahawan Muda
Keyakinan Pelanggan Kunci Kejayaan
Maizatul, pelajar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memulakan perniagaan menjual set telefon bimbit terpakai selalui medium atas talian seperti orang lain. Namun, susah untuk Maizatul menyakinkan pelanggan dengan produk jualan di Ainshoppe. Setelah menyertai program eUsahawan, Maizatul mengubah rentak pemasaran dengan menggunakan teknik yang dipelajari. Jumlah jualan bukan sahaja meningkat tinggi malah ramai pelanggan Maizatul berulang kali mendapatkan produk perniagaannya. Selain mengaut keuntungan yang lumayan, Maizatul kini mempunyai pelanggan setianya sendiri.
Mantapkan Ilmu Perniagaan dengan Modul eUsahawan
eUsahawan Muda
Mantapkan Ilmu Perniagaan dengan Modul eUsahawan
Mengusahakan perniagaan pakaian lelaki, Jason Louis menekankan kepentingan ilmu perniagaan dalam mengembangkan perusahaannya. Melalui pensyarahnya, Jason, seorang pelajar dari Politeknik Seberang Perai membuat keputusan untuk menyertai eUsahawan bagi mengutip ilmu perniagaan yang berkesan. Kandungan modul eUsahawan yang tepat dan jelas mebantu Jason untuk melaksanakan teknik pemasaran yang dipelajarinya dengan berkesan. Memastikan perniagaannya akan terus berkembang, Jason kini menyusun rancangan untuk menyertai platform perniagaan atas talian yang gah seperti Lazada dan 11Street.
Terokai Pasaran Luar Negara dengan Pemasaran Digital
eUsahawan Muda
Terokai Pasaran Luar Negara dengan Pemasaran Digital
Pemilik kepada Anaqah Exclusive, Atiqah Arshad, pelajar Kolej Komuniti Arau memuji kandungan modul eUsahawan yang telah dipelajarinya. Melalui kursus yang dihadirinya, Atiqah diajar untuk membina platform perniagaan atas talian seperti Facebook dan Instagram serta cara-cara mengendalikannya dengan berkesan. Atiqah kini boleh berbangga dengan kejayaan perniagaannya. Setelah 2 tahun bertahan, kini Atiqah gembira kerana memiliki aset-aset penting seperti mesin jahit yang canggih. Terdorong dengan jumlah permintaan pelanggan yang semakin tinggi, Atiqah bercita-cita untuk meluaskan pasaran ke negara seberang iaitu Indonesia.
Penat Lelah Berbaloi
eUsahawan Muda
Penat Lelah Berbaloi
Atiq, seorang usahawan muda dari Bachok telah terdedah dengan dengan subjek Keusahawan Digital semasa mengikuti kelas di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Sebagai pemilik Atiqsknlicious, Atiq menggunakan kemahiran keusahawanan yang dipelajari untuk meningkatkan jualannya. Walaupun penat dan letih, namun kegembiraan pelanggan menjadi keutamaan Atiq.
Kemahiran Perniagaan dikembangkan Bersama eUsahawan
eUsahawan Muda
Kemahiran Perniagaan dikembangkan Bersama eUsahawan
Pengasas Umashi Resources, Umarul Ariffin merupakan pelajar Kolej Komuniti Klang yang menjalankan perniagaan tinta kenderaan. Sikapnya yang dahagakan ilmu keusahawanan telah mendorong Umarul untuk mengikuti kursus eUsahawan. Umarul bukan sahaja belajar untuk membuat kiraan stok dan penentuan kos, malah pengurusan kewangan syarikat. Perusahaan atas talian yang dibina Umarul bukan sahaja mendatangkan keuntungan, namun ia juga membantu usahawan lain untuk berniaga bersama.
Impian ke Serata Dunia Bersama Ibu Bapa Tercinta
eUsahawan Muda
Impian ke Serata Dunia Bersama Ibu Bapa Tercinta
Tiada apa yang lebih bermakna buat Syuhadah, pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu melainkan impiannya untuk melancong mengelilingi dunia bersama ibu bapanya. Walaupun dibesarkan dalam keadaan kesempitan wang dan kesihatan bapa yang kurang baik, Syuhadah tidak pernah menyalahkan takdir. Kursus eUsahawan yang disertainya telah membantu Syuhadah untuk meningkatkan jualan Agensi Pelancongan yang dikendalikannya. Dengan pendapatan tambahan, Syuhadah tidak perlu lagi membebankan keluarga untuk membayar yuran pengajiannya.
Keusahawanan Digital Teras Semangat Perniagaan Roby
eUsahawan Muda
Keusahawanan Digital Teras Semangat Perniagaan Roby
Roby adalah seorang pemuda berasal dari Selangor yang sentiasa terbeban dengan perasaan takut terhadap kegagalan. Namun, perkara tersebut berubah apabila dia belajar untuk meningkatkan pemasaran perniagaannya menerusi program eUsahawan. Kini, dia tidak lagi ragu-ragu untuk menggunakan ilmu yang dipelajari ketika eUsahawan seperti FB Ads sebagai teknik promosi lantas meningkatkan jumlah jualannya di Flydeals.
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit
eUsahawan Mikro
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit
Peluang untuk menyertai program eUsahawan tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Encik Ayub. Mengusahakan Beautiful Network 2U di Kota Belud, Sabah, promosi yang dilakukan Encik Ayub hanyalah melalui bualan mulut ke mulut. Melalui eUsahawan, Encik Ayub belajar bagaimana untuk menggunakan pemasaran perkhidmatan melalui internet. Kini, Encik Ayub berbangga dengan jumlah pelanggan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Tak Bersua Bukan Bermakna Tiada Laba
eUsahawan Mikro
Tak Bersua Bukan Bermakna Tiada Laba
Sebagai pengusaha syarikat peralatan elektronik, Websinners, Encik Murugarasan, perlu berurusan dengan sejumlah pelanggan yang datang dari pelbagai tempat. Syarikatnya yang bertempat di Ipoh, Perak mempunyai masalah seperti jarak yang memisahkan Encik Murugarasan dengan pelanggannya. Melalui aplikasi digital dan tool percuma yang dipelajari ketika kursus eUsahawan, beliau tidak perlu untuk melawat dan berjumpa dengan setiap pelanggannya. Cukup dengan capaian internet, beliau boleh menjalankan urus niaga dengan beribu-ribu potensi pelanggan di mana sahaja beliau berada!
Kelas Tuisyen Siber, Suatu Usaha Celik IT
eUsahawan Mikro
Kelas Tuisyen Siber, Suatu Usaha Celik IT
Sebelum menghadiri program eUsahawan, Chin Ah Yim hanya mampu mempromosikan pusat tuisyen yang dikendalikannya, Smart Motivation Centre melalui kertas risalah yang akhirnya berterabur di tepi jalan atau paling teruk, ke dalam tong sampah. Namun, menerusi kursus eUsahawan Chin Ah Yim telah belajar cara-cara menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan potensi pelanggannya. Jumlah pelajar di pusat tuisyennya kian meningkat dan semangat Chin Ah Yim semakin berkobar-kobar untuk membantu lebih ramai pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran siber pada masa hadapan. Tidak kira walau di mana sahaja mereka berada.
Impian ke Tanah Suci menjadi Satu Realiti
eUsahawan Mikro
Impian ke Tanah Suci menjadi Satu Realiti
Ketika mula-mula berpindah ke Kelantan bersama keluarganya, Encik Fauzi tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau yakin selain keberanian, seorang usahawan perlu ada ilmu keusahawanan yang cukup untuk memastikan perniagaan berjaya. Namun, ia tidak menghalang Encik Fauzi untuk membuka Poji Jambu Batu. Selepas menghadiri program eUsahawan, pendapatan biasa-biasa Encik Fauzi melalui jualan jambu segar mula menjadi luar biasa menerusi penggunaan teknik pemasaran atas talian yang sesuai. Dengan pendapatan yang lebih, Encik Fauzi sudah mampu untuk menunaikan impiannya untuk mengerjakan Umrah bersama isteri tercinta.
Perniagaan Internet, Mendekatkan Pelanggan yang Jauh
eUsahawan Mikro
Perniagaan Internet, Mendekatkan Pelanggan yang Jauh
Siapa kata urus niaga perlu dijalankan di depan mata sahaja? Encik Mailson, pemilik Marven Sports di Kota Marudu, Sabah merupakan salah seorang usahawan cenderamata dan percetakan baju berjaya yang dapat memenuhi permintaan pelanggan yang berada beribu batu jauhnya. Beliau yakin dengan keberkesanan ilmu keusahawanan digital eUsahawan yang dipelajarinya telah banyak membantu membangunkan perniagaannya hingga ke tahap yang membanggakan.
eUsahawan Mengorak Langkah Megah Bersama Anda
eUsahawan Mikro
eUsahawan Mengorak Langkah Megah Bersama Anda
Encik Najli yang berasal dari Kuala Terengganu adalah ahli terapi alternatif yang mengkhusus dalam urutan dan rawatan berbekam. Dengan usaha berterusan dalam mempromosikan perkhidmatannya atas talian, beliau dapat melihat bagaimana pernigaannya semakin berkembang maju. Perkara terbaik tentang menghadiri program eUsahawan adalah kesediaan mentor-mentor yang dilantik oleh MDEC. Dedikasi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi melalui dorongan dan nasihat perniagaan yang diberikan sangat bermakna buat Encik Najli.
Zero Menjadi Hero
eUsahawan Mikro
Zero Menjadi Hero
Syafeez merupakan seorang usahawan muda yang ingin membantu orang ramai untuk mengaji al-Quran dan mempelajari ilmu tajwid. Oleh itu, beliau membuka Pusat Pengajian Al-Mukhlisin. Melalui program eUsahawan, beliau dapat mempraktikan ilmu keusahawanan yang betul. Syafeez bukan sahaja mengaut keuntungan melalui perniagaan yang dijalankan malah dapat membantu orang ramai dalam memanfaatkan kitab suci Islam.
Manguasai Pasaran Malaysia Melalui Teknik Promosi Soft-Sell
eUsahawan Mikro
Manguasai Pasaran Malaysia Melalui Teknik Promosi Soft-Sell
Happy Muffin bermula dengan hanya dua orang agen. Dengan ilmu perniagaan yang terhad, teknik pemasaran yang digunakan tidak begitu berkesan. Namun, ia tidak mematahkan semangat Khairil untuk menempa kejayaan. Selepas mengikuti kelas eUsahawan, Khairil mempelajari teknik-teknik perniagaan yang membantu mengembangkan perniagaan beliau. Kini dengan 48 orang agen di seluruh negara, Khairil yakin cita-citanya untuk menguasai pasaran Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil.