eUsahawan Desa
eUsahawan Desa
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit
eUsahawan Desa
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit
Peluang untuk menyertai program eUsahawan tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Encik Ayub. Mengusahakan Beautiful Network 2U di Kota Belud, Sabah, promosi yang dilakukan Encik Ayub hanyalah melalui bualan mulut ke mulut. Melalui eUsahawan, Encik Ayub belajar bagaimana untuk menggunakan pemasaran perkhidmatan melalui internet. Kini, Encik Ayub berbangga dengan jumlah pelanggan yang semakin meningkat dari hari ke hari.
Tak Bersua Bukan Bermakna Tiada Laba
eUsahawan Desa
Tak Bersua Bukan Bermakna Tiada Laba
Sebagai pengusaha syarikat peralatan elektronik, Websinners, Encik Murugarasan, perlu berurusan dengan sejumlah pelanggan yang datang dari pelbagai tempat. Syarikatnya yang bertempat di Ipoh, Perak mempunyai masalah seperti jarak yang memisahkan Encik Murugarasan dengan pelanggannya. Melalui aplikasi digital dan tool percuma yang dipelajari ketika kursus eUsahawan, beliau tidak perlu untuk melawat dan berjumpa dengan setiap pelanggannya. Cukup dengan capaian internet, beliau boleh menjalankan urus niaga dengan beribu-ribu potensi pelanggan di mana sahaja beliau berada!
Kelas Tuisyen Siber, Suatu Usaha Celik IT
eUsahawan Desa
Kelas Tuisyen Siber, Suatu Usaha Celik IT
Sebelum menghadiri program eUsahawan, Chin Ah Yim hanya mampu mempromosikan pusat tuisyen yang dikendalikannya, Smart Motivation Centre melalui kertas risalah yang akhirnya berterabur di tepi jalan atau paling teruk, ke dalam tong sampah. Namun, menerusi kursus eUsahawan Chin Ah Yim telah belajar cara-cara menggunakan Facebook untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan potensi pelanggannya. Jumlah pelajar di pusat tuisyennya kian meningkat dan semangat Chin Ah Yim semakin berkobar-kobar untuk membantu lebih ramai pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran siber pada masa hadapan. Tidak kira walau di mana sahaja mereka berada.
Impian ke Tanah Suci menjadi Satu Realiti
eUsahawan Desa
Impian ke Tanah Suci menjadi Satu Realiti
Ketika mula-mula berpindah ke Kelantan bersama keluarganya, Encik Fauzi tidak pernah terfikir untuk menceburi bidang perniagaan. Beliau yakin selain keberanian, seorang usahawan perlu ada ilmu keusahawanan yang cukup untuk memastikan perniagaan berjaya. Namun, ia tidak menghalang Encik Fauzi untuk membuka Poji Jambu Batu. Selepas menghadiri program eUsahawan, pendapatan biasa-biasa Encik Fauzi melalui jualan jambu segar mula menjadi luar biasa menerusi penggunaan teknik pemasaran atas talian yang sesuai. Dengan pendapatan yang lebih, Encik Fauzi sudah mampu untuk menunaikan impiannya untuk mengerjakan Umrah bersama isteri tercinta.
Perniagaan Internet, Mendekatkan Pelanggan yang Jauh
eUsahawan Desa
Perniagaan Internet, Mendekatkan Pelanggan yang Jauh
Siapa kata urus niaga perlu dijalankan di depan mata sahaja? Encik Mailson, pemilik Marven Sports di Kota Marudu, Sabah merupakan salah seorang usahawan cenderamata dan percetakan baju berjaya yang dapat memenuhi permintaan pelanggan yang berada beribu batu jauhnya. Beliau yakin dengan keberkesanan ilmu keusahawanan digital eUsahawan yang dipelajarinya telah banyak membantu membangunkan perniagaannya hingga ke tahap yang membanggakan.
eUsahawan Mengorak Langkah Megah Bersama Anda
eUsahawan Desa
eUsahawan Mengorak Langkah Megah Bersama Anda
Encik Najli yang berasal dari Kuala Terengganu adalah ahli terapi alternatif yang mengkhusus dalam urutan dan rawatan berbekam. Dengan usaha berterusan dalam mempromosikan perkhidmatannya atas talian, beliau dapat melihat bagaimana pernigaannya semakin berkembang maju. Perkara terbaik tentang menghadiri program eUsahawan adalah kesediaan mentor-mentor yang dilantik oleh MDEC. Dedikasi dan keazaman yang tidak berbelah bahagi melalui dorongan dan nasihat perniagaan yang diberikan sangat bermakna buat Encik Najli.
Zero Menjadi Hero
eUsahawan Desa
Zero Menjadi Hero
Syafeez merupakan seorang usahawan muda yang ingin membantu orang ramai untuk mengaji al-Quran dan mempelajari ilmu tajwid. Oleh itu, beliau membuka Pusat Pengajian Al-Mukhlisin. Melalui program eUsahawan, beliau dapat mempraktikan ilmu keusahawanan yang betul. Syafeez bukan sahaja mengaut keuntungan melalui perniagaan yang dijalankan malah dapat membantu orang ramai dalam memanfaatkan kitab suci Islam.
Manguasai Pasaran Malaysia Melalui Teknik Promosi Soft-Sell
eUsahawan Desa
Manguasai Pasaran Malaysia Melalui Teknik Promosi Soft-Sell
Happy Muffin bermula dengan hanya dua orang agen. Dengan ilmu perniagaan yang terhad, teknik pemasaran yang digunakan tidak begitu berkesan. Namun, ia tidak mematahkan semangat Khairil untuk menempa kejayaan. Selepas mengikuti kelas eUsahawan, Khairil mempelajari teknik-teknik perniagaan yang membantu mengembangkan perniagaan beliau. Kini dengan 48 orang agen di seluruh negara, Khairil yakin cita-citanya untuk menguasai pasaran Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil.