Program eUsahawan Muda
Program eUsahawan Muda

Tentang eUsahawan Muda

eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasa keusahawan digital di peringkat akar umbi. Bermula pada tahun 2015 dengan jumlah institusi yang terlibat adalah sebanyak 76 buah institusi melibatkan TVET Politeknik, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Komuniti. Manakala pada tahun 2016, jumlah institusi meningkat sehingga 351 buah institusi antaranya Politeknik, Institut Kemahiran MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Komuniti, Kolej Profesional MARA, Institut Kemahiran Belia Negara dan GIATMARA

Kerjasama ini melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum pendidikan para pelajar selama satu semester pengajian (lebih kurang 6 bulan) untuk mempelajari teras ilmu perniagaan dalam talian. Setakat ini, jumlah pelajar yang telah berjaya mengikuti kursus ini adalah seramai 34,235 orang.

Proses pemantauan berterusan dijalankan oleh MDEC bagi mencari individu yang layak untuk menyertai program Level-Up seterusnya mengembangkan potensi keusahawanan. Pelbagai pelajaran dan ganjaran menanti para pelajar yang terpilih.

eUsahawan Muda merupakan sebuah program kerjasama antara MDEC dan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi memperkasa keusahawan digital di peringkat akar umbi.
Apa Yang Bakal Dipelajari
Asas Perniagaan
Asas Perniagaan
Kaedah mengenal pasti potensi perniagaan digital melalui kajian pasaran dan pesaing.
Ayat Jualan
Ayat Jualan
Kaedah menghasilkan ayat jualan berkesan untuk perniagaan digital (copywriting).
Pemasaran Melalui Media Sosial
Pemasaran Melalui Media Sosial
Kaedah meningkatkan permintaan dan jualan menggunakan media sosial seperti Facebook dan Instagram.
Close Sales Melalui WhatsApp
'Close Sales' Melalui WhatsApp
Tukarkan prospek kepada pembeli melalui saluran percuma sebagai kaedah ‘Close Sales’ menerusi aplikasi WhatsApp.
Pemasaran Melalui Website
Pemasaran Melalui Laman Sesawang
Kaedah membina laman sesawang asas dan memahami konsep Search Engine Optimization (SEO).
Pemasaran Melalui Email
Pemasaran Melalui Emel
Memperkasakan kemahiran dan kaedah pemasaran efektif melalui emel.
Kisah Kejayaan eUsahawan Muda
Keyakinan Pelanggan Kunci Kejayaan
Mantapkan Ilmu Perniagaan dengan Modul eUsahawan
Terokai Pasaran Luar Negara dengan Pemasaran Digital
Penat Lelah Berbaloi
Kemahiran Perniagaan dikembangkan Bersama eUsahawan
Impian ke Serata Dunia Bersama Ibu Bapa Tercinta
Ingin cadangkan institusi anda?

Rebut peluang keemasan ini dan institusi anda berpotensi untuk menyertai program eUsahawan bersama kami. Tingkatkan kemahiran diri dan idea perniagaan anda sekarang!

Sertai Kelas Digital Kami

Tidak mempunyai masa fleksibel untuk menghadiri kelas offline? Jangan risau. Hanya daftar kelas online untuk memastikan anda tidak ketinggalan untuk mendapatkan ilmu perniagaan digital bersama kami.