Soalan Lazim
Soalan Lazim
  • Program eUsahawan merupakan salah satu inisiatif MDEC untuk menerapkan nilai dan ilmu keusahawanan digital di kalangan golongan belia dan usahawan mikro. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.
  • Objektif jangka panjang program eUsahawan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang keusahawan digital, seterusnya membolehkan mereka untuk memanfaatkan kuasa platform digital untuk mengembangkan perniagaan mereka - selaras dengan agenda ekonomi digital negara.
  • Program hasil kerjasama dengan institusi TVET yang terpilih.
  • Melibatkan penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum pendidikan TVET.
  • Para pelajar akan merokai ilmu keusahawan digital secara praktikal.
  • Program keusahawanan digital untuk usahawan mikro.
  • Program jangka pendek selama 2 hari dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan yang terpilih di seluruh negara.

MDEC akan mengetuai dan memacu inisiatif ini melalui usaha-usaha berikut:

  • Menyediakan modul pembelajaran keusahawanan digital terkini, berdasarkan trend dan keperluan semasa.
  • Menyokong pihak pengurusan institusi TVET supaya dapat menyesuaikan dan menerapkan modul keusahawanan digital ke dalam kurikulum rasmi institusi masing-masing, dan seterusnya memampatkan kurikulum ke format kursus pendek untuk usahawan mikro.
  • Menguruskan usaha mendidik dan melatih tenaga pengajar dari institusi TVET yang terlibat dalam bidang keusahawanan digital.
  • Bekerjasama dengan organisasi yang berkaitan untuk menyokong keberkesanan pelaksanaan program eUsahawan.

Para peserta akan didedahkan dengan teknik pemasaran digital yang merangkumi:

  • Asas perniagaan
  • Teknik pemasaran melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram
  • Teknik pemasaran melalui enjin carian seperti Google
  • Teknik “close sales” melalui whatsApp
  • Teknik membina website asas dan pemasaran melalui website
  • Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Sudah mempunyai produk atau servis untuk dipasarkan.
  • Mempunyai keinginan dan minat untuk mempelajari teknik pemasaran digital yang berkesan untuk produk atau servis
  • Memiliki gajet dengan sambungan Internet seperti telefon pintar, tablet ataupun komputer riba.
  • Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia kerana program eUsahawan akan dijalankan terutamanya dalam Bahasa Malaysia
  • Program eUsahawan selama 2 hari amat ‘hands-on’ dan menekankan pembelajaran secara praktikal. Ia akan memberi lebih manfaat kepada usahawan mikro yang telahpun mengenalpasti produk atau servis untuk ditawarkan.
  • Para peserta digalakkan untuk mengenalpasti produk atau servis yang bakal dipasarkan sebelum menyertai program eUsahawan selama 2 hari supaya dapat terus mempraktikkan apa yang di ajar sepanjang Program.
  • Penyertaan adalah PERCUMA bagi tahun 2016. Tempat adalah TERHAD.
  • Mulai 2017, pihak institusi kolej vokasional akan mula mengenakan yuran minimum, mengikut syarat dan terma
  • Program eUsahawan selama 2 hari ini akan dijalankan di institusi TVET dan pusat latihan yang terpilih di seluruh Malaysia.
  • Pemohon akan menerima notis pengesahan sejurus pendaftaran berjaya dilakukan.
  • Dalam masa 7 hari bekerja, wakil MDEC akan menghubungi pemohon yang berjaya untuk memaklumkan tarikh dan lokasi Program eUsahawan.
  • Selepas tamat pembelajaran, para peserta akan dipantau selama 6 hingga ke 12 bulan untuk mengukur keberkesanan pembelajaran dan penyampaian program. Peserta yang menunjukkan prestasi yang tinggi akan disalurkan ke peringkat Program eUsahawan yang lebih "advanced" untuk memastikan perkembangan bisnes yang berterusan.