AsiaPay
AsiaPay
Tentang AsiaPay

AsiaPay (Malaysia) telah bertapak di Malaysia sejak Mei 2010. Kemudian, AsiaPay telah menjadi penyedia internet dan servis pembayaran mudah alih serta teknologi yang utama di Malaysia dan Asia. AsiaPay juga membolehkan peniaga tidak kira saiz perniagaan, mempunyai perkhidmatan internet, telefon atau tempahan melalui surat, dengan memberikan proses kad kredit dan transaksi akaun debit real time, 24 jam sehari.

Turut ditawarkan adalah sistem kewangan dan perbankan dengan jaringan pilihan gerbang pembayaran yang pelbagai dan yang terkini. Terima pembayaran dari seluruh dunia dengan servis pembayaran yang komprehensif.

Langkah / Ciri

Kelebihan

Urusan pembayaran e-Dagang AsiaPay bersifat komprehensif, selamat, senang dan mudah untuk diselenggarakan, efisyen dan sangat ekonomi.

 

    • Senang dan Mudah:
      Melalui aplikasi mudah (kelulusan diberikan dalam masa 10 hari) untuk membuka gerbang pembayaran dan perkhidmatan akaun peniaga. Hanya pengintegrasian minimum diperlukan tanpa perkakas luar atau dalam sistem.
    • Fleksibel:
      Peniaga boleh menerima pembayaran daripada pelanggan melalui VISA, MasterCard, JCB, Diners Club dan American Express Card.
    • Selamat:
      Kaedah keselamatan terkini digunapakai bersama pilihan keselamatan laian untuk mengelakkan kerugian dan penipuan.
    • Jimat:
      AsiaPay menawarkan perkhidmatan pembayaran dengan harga pemasangan, yuran bulanan dan kadar komisen transaksi yang kompetitif. Tiada caj tersembunyi seperti caj pengiriman atau pertukaran wang asing. Rebat disediakan untuk perniagaan berskala besar.
    • Peluang Kerjasama:
      Peniaga berpeluang untuk mengembangkan perniagaan melalui pelanggan sedia ada e-Dagang dan ahli PayDollar Direct.
    • Perkhidmatan Nilai Tambahan:
      Nikmati ciri tambahan PayDollar seperti Pembayaran Pukal, Pembayaran Berjadual, Pembayaran Permintaan yang boleh ditambah sebagai perkhidmatan standard untuk menambahbaik perniagaan.

Kadar Pembayaran