Logistik &
e-Fulfillment
Logistik & 
e-Fulfillment

Anda masih tercari-cari syarikat perkhidmatan kurier yang boleh memberikan khidmat penghantaran produk jualan anda dengan selamat, pantas dan cekap? Pilihlah syarikat kurier yang mempunyai kualiti perkhidmatan yang baik dan menawarkan perkhidmatan yang menepati keperluan penghantaran produk anda.

Penyelesaian eFulfillment

eFulfilment adalah pengurusan aktiviti fizikal penghantaran produk dan perkhidmatan melalui jaringan sistem inventori bagi membantu anda memenuhi permintaan pelanggan.

TresGo
TresGo

Adakah anda masih mencari syarikat yang boleh membantu menguruskan produk dan pesanan anda? Serahkan saja kepada TresGo! TresGo boleh membantu dalam penyimpanan barang, pengurusan inventori, pembungkusan dan penghantaran produk perniagaan anda. Semuanya hanya di hujung jari.

Lebih Lanjut
POS Laju
POS Laju

Pos Laju ialah syarikat kurier utama di Malaysia, menghubungkan lebih 80% kawasan populasi merentasi negara dengan perkhidmatan penghantaran hari seterusnya dan lain-lain. Pos Laju mempunyai liputan penghantaran terluas dan kumpulan kurier terbesar di Malaysia. Servis Pos Laju secara umumnya mencapai hampir keseluruhan kawasan di Malaysia malah mempunyai lebih 1,000 lokasi strategik di seluruh negara. Ini menjadikan Pos Laju sebagai penyedia perkhidmatan kurier yang lebih efisien dengan jaringan akses yang menghubungkan semua kawasan dalam Malaysia serta luar negara.

Lebih Lanjut
CollectCo
CollectCo

Aktiviti penghantaran bungkusan kini lebih mudah. Jaringan pelanggan CollectCo turut melibatkan jenama-jenama terkenal seperti Caring Pharmacy, Focus Point, Senheng, Thunder Match, Fotokem, Mydin, Sam’s Groceria dan lain-lain. Hantar bungkusan dan barangan ke mana-mana lokasi pengumpulan CollectCo sekarang.

Lebih Lanjut
HUBWIRE
HUBWIRE

Hubwire ialah penyedia perkhidmatan eCommerce yang berdedikasi dalam membantu para pelanggan menjalankan aktiviti peruncitan produk mereka menerusi saluran elektronik yang berbeza. Pengendalian operasi eCommerce mungkin mengambil masa yang banyak serta kos yang tinggi. Namun, kumpulan Hubwire yang dianggotai ahli profesional daripada bidang eCommerce mempunyai pengalaman luas untuk membantu para pelanggan mengembangkan perniagaan online mereka.

Lebih Lanjut
iStore iSend
iStore iSend

iStore iSend ialah penyedia penyelesaian fulfillment mantap yang dilengkapi dengan sistem pengurusan pergudangan moden untuk mengendalikan eCommerce secara automatik. Ditubuhkan pada 2009, iStore iSend adalah perintis perkhidmatan yang boleh membantu dalam pengendalian operasi pelbagai saluran secara serentak justeru membolehkan peniaga meningkatkan penglibatan mereka ke dalam pasaran.

Seterusnya, dapat mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan lain. iStore iSend bersedia untuk memenuhi keperluan pergudangan, perkhidmatan mengambil dan membungkus, penghantaran atau pengesanan lokasi barangan serta aktiviti mengangkut muatan untuk para pelanggan.

Lebih Lanjut
DHL
DHL

Menawarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa seperti pengangkutan muatan ke seluruh dunia melalui laluan udara, laut, jalan raya dan rel kereta api, syarikat DHL turut berperanan sebagai penyedia penyelesaian pergudangan melalui penawaran aktiviti pembungkusan, penambah baik, dan perkhidmatan logistik mengikut pesanan. DHL membantu menghubungkan orang ramai dan menjadikan urusan harian bertambah lancar.

Lebih Lanjut
FedEx
FedEx

Sebagai salah satu syarikat kenderaan ekspres yang terbesar di dunia, FedEx menawarkan khidmat penghantaran barang serta mempunyai jaringan hubungan yang luas. Dengan liputan kawasan ke lebih 220 buah negara dan kawasan yang berbeza, FedEx menawarkan pilihan perkhidmatan mengikut kesesuaian pelanggan.

Pilih antara perkhidmatan penghantaran yang pantas atau perkhidmatan penghantaran lebih ekonomi mengikut keperluan perniagaan anda. Anda boleh mempercayai FedEx untuk penghantaran yang menepati masa.

Lebih Lanjut
Nationwide
Nationwide

Ditubuhkan pada 1985, Nationwide Express adalah salah satu syarikat kurier tempatan yang berjaya. Aktiviti utamanya ialah penyedia perkhidmatan kurier. Dengan sokongan daripada 1,600 pekerja yang berdedikasi, 240 buah kenderaan dan 500 kurier motorsikal, Nationwide Express boleh menampung permintaan pelanggan dengan servis penghantaran yang cepat dari pintu ke pintu.

Bersifat efisien, Nationwide Express menggamit kepercayaan pengguna untuk penghantaran pantas barangan ringan dan berharga antara lokasi yang berbeza.

Lebih Lanjut
EasyParcel
EasyParcel

EasyParcel ialah perkhidmatan untuk menghantar bungkusan yang dikendalikan dalam laman web. Syarikat ini juga adalah penyedia penyelesaian penghantaran untuk eCommerce. EasyParcel turut menyediakan tempahan penghantaran melalui akses yang mudah.

Lebih 50,000 pengguna dan perniagaan telah menggunakan EasyParcel di Malaysia. Platform ini membolehkan para pelanggan untuk membuat tempahan penghantaran daripada syarikat kurier ternama yang berlainan di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Lebih Lanjut
SKYNET
SKYNET

SKYNET adalah salah satu syarikat kurier utama yang mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam perkhidmatan penghantaran, kurier tempatan dan luar negara. Telah ditubuhkan pada 1992, SKYNET telah berjaya membuka lebih 80 buah pusat di lokasi strategik seluruh Malaysia.

SKYNET menyediakan perkhidmatan penghantaran pada hari seterusnya, penghantaran muatan antarabangsa; udara dan laut; logistik dan penyimpanan gudang; mengambil & membungkus, dan projek istimewa untuk pelanggan.

Lebih Lanjut