Penjenamaan
&
Pemasaran
Penjenamaan
&
Pemasaran

Strategi menambah nilai komersial dan imej pada produk yang dijual dapat membantu dalam menentukan bentuk pemasaran yang akan digunakan.

Pelajari ilmu pemasaran yang bermakna bagi membantu meluaskan pasaran dan melariskan produk anda kepada potensi pelanggan tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Dalam perniagaan, kita sering mendengar perkataan pemasaran dan penjenamaan. Apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua perkataan ini.

 

PEMASARAN VS PENJENAMAAN

Ringkasnya, PEMASARAN ialah apa yang dilakukan (what you do) oleh usahawan manakala PENJENAMAAN pula ialah sesuatu yang melambangkan usahawan tersebut (who you are). Memandangkan pasaran perniagaan hari ini sangat sengit dengan kewujudan internet dan media sosial yang memudahkan sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan. Oleh itu, pendekatan strategi pemasaran dan penjenamaan yang tepat amat penting bagi memastikan produk atau perkhidmatan tersebut mudah dikenali.

 

PEMASARAN VS PENJENAMAAN VS JUALAN

STRATEGI PENJENAMAAN

Persaingan produk yang sengit dalam pasaran memerlukan usahawan untuk menjadi lebih bijak dan kreatif dalam membina jenama perniagaan mereka. Selain mempunyai produk yang berkualiti, usahawan juga perlu mencari elemen-elemen yang dapat mengangkat nama produk mereka supaya tidak tenggelam dalam pasaran. Oleh itu, apakah yang perlu dipertimbangkan usahawan dalam proses penjenamaan produk dan syarikat mereka?