eUsahawan Mikro
eUsahawan Mikro
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit
Kisah eUsahawan Mikro
Berdikit-dikit, Lama-lama Jadi Bukit

Peluang untuk menyertai program eUsahawan tidak dilepaskan begitu sahaja oleh Encik Ayub. Mengusahakan Beautiful Network 2U di Kota Belud, Sabah, promosi yang dilakukan Encik Ayub hanyalah melalui bualan mulut ke mulut.

Melalui eUsahawan, Encik Ayub belajar bagaimana untuk menggunakan pemasaran perkhidmatan melalui internet. Kini, Encik Ayub berbangga dengan jumlah pelanggan yang semakin meningkat dari hari ke hari.