eUsahawan Muda
eUsahawan Muda
Keusahawanan Digital Teras Semangat Perniagaan Roby
Kisah eUsahawan Muda
Keusahawanan Digital Teras Semangat Perniagaan Roby

Roby adalah seorang pemuda berasal dari Selangor yang sentiasa terbeban dengan perasaan takut terhadap kegagalan. Namun, perkara tersebut berubah apabila dia belajar untuk meningkatkan pemasaran perniagaannya menerusi program eUsahawan.

Kini, dia tidak lagi ragu-ragu untuk menggunakan ilmu yang dipelajari ketika eUsahawan seperti FB Ads sebagai teknik promosi lantas meningkatkan jumlah jualannya di Flydeals.

Impian ke Serata Dunia Bersama Ibu Bapa Tercinta
Kisah eUsahawan Muda
Impian ke Serata Dunia Bersama Ibu Bapa Tercinta

Tiada apa yang lebih bermakna buat Syuhadah, pelajar Kolej Komuniti Tangga Batu melainkan impiannya untuk melancong mengelilingi dunia bersama ibu bapanya. Walaupun dibesarkan dalam keadaan kesempitan wang dan kesihatan bapa yang kurang baik, Syuhadah tidak pernah menyalahkan takdir.

Kursus eUsahawan yang disertainya telah membantu Syuhadah untuk meningkatkan jualan Agensi Pelancongan yang dikendalikannya. Dengan pendapatan tambahan, Syuhadah tidak perlu lagi membebankan keluarga untuk membayar yuran pengajiannya.

Kemahiran Perniagaan dikembangkan Bersama eUsahawan
Kisah eUsahawan Muda
Kemahiran Perniagaan dikembangkan Bersama eUsahawan

Pengasas Umashi Resources, Umarul Ariffin merupakan pelajar Kolej Komuniti Klang yang menjalankan perniagaan tinta kenderaan. Sikapnya yang dahagakan ilmu keusahawanan telah mendorong Umarul untuk mengikuti kursus eUsahawan. Umarul bukan sahaja belajar untuk membuat kiraan stok dan penentuan kos, malah pengurusan kewangan syarikat.

Perusahaan atas talian yang dibina Umarul bukan sahaja mendatangkan keuntungan, namun ia juga membantu usahawan lain untuk berniaga bersama.

Penat Lelah Berbaloi
Kisah eUsahawan Muda
Penat Lelah Berbaloi

Atiq, seorang usahawan muda dari Bachok telah terdedah dengan dengan subjek Keusahawan Digital semasa mengikuti kelas di Politeknik Kota Bharu, Kelantan.

Sebagai pemilik Atiqsknlicious, Atiq menggunakan kemahiran keusahawanan yang dipelajari untuk meningkatkan jualannya. Walaupun penat dan letih, namun kegembiraan pelanggan menjadi keutamaan Atiq.

Terokai Pasaran Luar Negara dengan Pemasaran Digital
Kisah eUsahawan Muda
Terokai Pasaran Luar Negara dengan Pemasaran Digital

Pemilik kepada Anaqah Exclusive, Atiqah Arshad, pelajar Kolej Komuniti Arau memuji kandungan modul eUsahawan yang telah dipelajarinya. Melalui kursus yang dihadirinya, Atiqah diajar untuk membina platform perniagaan atas talian seperti Facebook dan Instagram serta cara-cara mengendalikannya dengan berkesan.

Atiqah kini boleh berbangga dengan kejayaan perniagaannya. Setelah 2 tahun bertahan, kini Atiqah gembira kerana memiliki aset-aset penting seperti mesin jahit yang canggih. Terdorong dengan jumlah permintaan pelanggan yang semakin tinggi, Atiqah bercita-cita untuk meluaskan pasaran ke negara seberang iaitu Indonesia.

Mantapkan Ilmu Perniagaan dengan Modul eUsahawan
Kisah eUsahawan Muda
Mantapkan Ilmu Perniagaan dengan Modul eUsahawan

Mengusahakan perniagaan pakaian lelaki, Jason Louis menekankan kepentingan ilmu perniagaan dalam mengembangkan perusahaannya. Melalui pensyarahnya, Jason, seorang pelajar dari Politeknik Seberang Perai membuat keputusan untuk menyertai eUsahawan bagi mengutip ilmu perniagaan yang berkesan.

Kandungan modul eUsahawan yang tepat dan jelas mebantu Jason untuk melaksanakan teknik pemasaran yang dipelajarinya dengan berkesan. Memastikan perniagaannya akan terus berkembang, Jason kini menyusun rancangan untuk menyertai platform perniagaan atas talian yang gah seperti Lazada dan 11Street.

Keyakinan Pelanggan Kunci Kejayaan
Kisah eUsahawan Muda
Keyakinan Pelanggan Kunci Kejayaan

Maizatul, pelajar dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah memulakan perniagaan menjual set telefon bimbit terpakai selalui medium atas talian seperti orang lain. Namun, susah untuk Maizatul menyakinkan pelanggan dengan produk jualan di Ainshoppe. Setelah menyertai program eUsahawan, Maizatul mengubah rentak pemasaran dengan menggunakan teknik yang dipelajari.

Jumlah jualan bukan sahaja meningkat tinggi malah ramai pelanggan Maizatul berulang kali mendapatkan produk perniagaannya. Selain mengaut keuntungan yang lumayan, Maizatul kini mempunyai pelanggan setianya sendiri.