DHL
DHL
Tentang DHL

Menawarkan perkhidmatan penghantaran antarabangsa seperti pengangkutan muatan ke seluruh dunia melalui laluan udara, laut, jalan raya dan rel kereta api, syarikat DHL turut berperanan sebagai penyedia penyelesaian pergudangan melalui penawaran aktiviti pembungkusan, penambah baik, dan perkhidmatan logistik mengikut pesanan. DHL membantu menghubungkan orang ramai dan menjadikan urusan harian bertambah lancar.

Perkhidmatan

eCommerce DHL eCommerce menyediakan perkhidmatan standard penghantaran bungkusan domestik dan antarabangsa bagi aktiviti perniagaan serta logistik eCommerce dan servis permudahan barangan.

  • Penghantaran Domestik
  • Penghantaran Antarabangsa
  • Pengangkutan Kargo
  • Penyedia Utama Logistik
  • Penggudangan & Pengagihan
  • Logistik Suhu Terkawal
  • Kastam, Keselamatan & Insuran
  • Penyelesaian Logistik Hijau
  • Penyelesaian Sektor Industri

Kelebihan

eCommerce DHL Malaysia menawarkan kemudahan penyelesaian penghantaran untuk eCommerce. Disediakan dengan tujuan untuk memudahkan urusan perniagaan dan untuk memenuhi permintaan pelanggan. Kepakaran ahli penghantaran profesional DHL akan memastikan barangan anda sampai tepat pada masanya serta dalam keadaan yang baik.

  • Kaedah penghantaran B2C yang dipercayai dan diyakini
  • Kaedah Bayar Waktu Terima pada harga yang berpatutan dan kiriman wang tunai yang diyakini
  • Keadaan penerimaan yang tenang
  • Pengintegrasian IT yang lancar
  • Perkhidmatan perhubungan pelanggan dan pengguna yang profesional