eGHL
eGHL
Tentang eGHL

eGHL menyokong peruncit dengan ciri penuh penyelesaian pembayaran yang menghubungkan mereka ke landskap pembayaran internet ASEAN. eGHL telah ditubuhkan pada Mac 2013 dan merupakan sistem Pembayaran Internet di bawah GHL Sistem Berhad (KLSE: GHLSYS 0021) yang menawarkan gerbang pembayaran internet yang selamat.

Antara fungsi yang turut ditawarkan adalah saluran pembayaran kad dan bukan kad merentasi negara-negara Asia Tenggara. eGHL mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan Malaysia 2013 dan gerbang pembayaran yang ditawarkan mematuhi PCI tahap 1 dan dibina menerusi teknologi terkini dalam industri.

Langkah / Ciri

  • G-Direct
    eGHL akan mendapatkan peniaga melalui hubungan TPA dengan bank pemeroleh. Satu integrasi melalui satu
    persetujuan.
  • B-Direct
    eGHL bertindak sebagai gerbang pembayaran untuk perusahaan sederhana dan besar dengan menghubungkan peniaga dengan mana-manavbank pilihan dan saluran pembayaran selamat.
    • Caj Transaksi (% + caj tetap) dikenakan sebagai tambahan atas kadar bank untuk setiap transaksi yang berjaya. Satu caj pemasangan standard dan caj tanggungan tahunan dikenakan.

Kelebihan

Proses integrasi sistem laman sesawang anda lebih mudah dengan sistem API eGHL yang mesra pengguna. Sistem ini juga menyediakan platform untuk aplikasi telefon bimbit dalam format iOS dan versi Android.

  • Caj transaksi Start-Up yang rendah
  • Kelulusan pantas
  • Menyokong pindahan wang online antara bank tempatan
  • Caj transaksi rendah

Kadar Pembayaran

  • Permulaan

    • Caj Pemasangan: RM399
    • Caj Tahunan: *RM399 (Tertakluk pada perubahan)
    • Caj Transaksi (Kad Kredit): 2.8 %
    • Caj Transaksi (Perbankan Dalam Talian – FPX): 2.8% atau RM0.70
  • Bisnes Kecil

    • Caj Pemasangan: RM599
    • Caj Transaksi (Kredit Kad): 2.5%
    • Caj Transaksi (Perbankan Dalam Talian – FPX) 2.5% atau RM0.70