Hubwire ialah penyedia perkhidmatan eCommerce yang berdedikasi dalam membantu para pelanggan menjalankan aktiviti peruncitan produk mereka menerusi saluran elektronik yang berbeza. Pengendalian operasi eCommerce mungkin mengambil masa yang banyak serta kos yang tinggi. Namun, kumpulan Hubwire yang dianggotai ahli profesional daripada bidang eCommerce mempunyai pengalaman luas untuk membantu para pelanggan mengembangkan perniagaan online mereka.
Integrasikan saluran perniagaan yang berbeza, penggudangan & vendor logistik. Pasang rekod rantaian pembekal dan pemprosesan tempahan barangan. Untuk sistem yang cekap dan lancar, hubungi Hubwire untuk servis perkhidmatan yang mudah dan cepat! Program alu-aluan kami segalanya berkaitan dengan pengintegrasian lancar dan gangguan minimum bagi memastikan jualan dan operasi perniagaan tidak terganggu.
Kami akan memperkenalkan anda kepada kumpulan profesional Hubwire (jualan, pengurusan akaun, teknikal, operasi) untuk membantu anda dalam langkah-langkah awal proses integrasi. Rancang pelan pengagihan, hubungkan saluran anda kepada platdoem kami dan pastikan akaun anda berfungsi sepenuhnya untuk menerima tempahan. Terima dan simpan inventori barang anda di gudang kami dan sediakan barangan untuk saluran anda. Lakukan ujian semakan untuk memastikan aliran inventori dan data tempahan daripada mana-mana sahaja melalui Hubwire!