iPay88
iPay88
Tentang iPay88

iPay88 merupakan satu gerbang pembayaran yang dibina berdasarkan sistem Start-Up bagi memudahkan urusan jual beli peruncit dalam talian Malaysia. Gerbang pembayaran iPay88 telah membantu ribuan usahawan berjaya dalam e-dagang dan ruang aplikasi perniagaan online menggunakan telefon bimbit; melalui ekosistem pembayaran dalam talian yang pernah memenangi anugerah.

Kejayaan iPay88 adalah kerana falsafah perkhidmatannya yang mementingkan input baharu dalam menyemai budaya inovatif dan komited terhadap pembinaan sistem gerbang pembayaran terkini dan moden selain bersifat mudah alih. Hal ini membantu perkhidmatan iPay88 untuk terus bersifat kompetitif dan memberikan kelebihan kepada peruncit yang mempercayai gerbang pembayaran iPay88.

Langkah / Ciri

  • Start-Up
    Direka khas untuk peniaga dalam talian yang mempunyai hasrat dalam mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi malah dapat menikmati kos selenggara sifar.
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana(SME)
    Dibina khas dengan pilihan saluran pembayaran pelbagai untuk peniaga dalam talian yang mempunyai anggaran jualan bulanan yang melebihi RM4,000.
  • Korporat
    Sistem ini dicipta untuk peniaga dalam talian yang mempunyai jumlah transaksi melebihi 1,000 setiap bulan atau jualan bulanan yang melebihi RM500,000.
  • Kerjasama
    Kami berhasrat untuk turut sama menyuburkan industri e-dagang negara. Oleh itu, sila hubungi kami sekiranya anda mempunyai harapan yang sama.

Kelebihan

  • Ringkas
    Ciri sistem iPay88 yang menggunakan mata wang asing dan gerbang pembayaran moden membolehkan pengguna melakukan urusan pembelian antarabangsa. Juga sesuai dengan peniaga yang mempunyai kadar pusing-ganti kurang daripada RM4,000 sebulan dan jumlah transaksi bulanan kurang daripada 300 kali serta berdaftar di Malaysia.
  • Pantas
    Kelulusan cepat supaya peniaga dapat beroperasi perniagaan dalam talian dengan segera tanpa masalah. Sistem boleh digunakan sepantas dua minggu selepas menghantar penyertaan.
  • Selamat
    Sistem Pencegahan dan Kawalan Penipuan yang terbukti selepas 14 tahun mencatatkann nisbah kes penipuan yang rendah dalam industri.
  • Kos Pemasangan Rendah
    Tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan gerbang pembayaran iPay88.
  • Mudah
    Akses mudah melalui pembayaran kad, e-wallets, dan sistem perbankan dalam talian daripada bank terkenal di Malaysia. Membolehkan pengguna untuk menjalankan urusan perniagaan dengan selesa dari mana-mana, serata dunia.

Kadar Pembayaran

  • Caj Pemasangan
    • SME: RM488
    • Start-Up: RM488
  • Caj Tahunan
    • SME: RM500
    • Start-Up: RM0 (Seumur Hidup)
  • Caj Transaksi Kad Kredit
  • SME:
    • 2.9% VISA / MasterCard
    • 2.9% atau min. RM0.60 Perbankan Online
  • Start-Up:
    • 3.5% VISA / MasterCard
    • 3.5% atau min. RM0.60 Perbankan Online
  • Ekstra:
    RM900 untu pendaftaran kali pertama untuk Gerbang Kad Kredit kepada bank