iStore iSend ialah penyedia penyelesaian fulfillment mantap yang dilengkapi dengan sistem pengurusan pergudangan moden untuk mengendalikan eCommerce secara automatik. Ditubuhkan pada 2009, iStore iSend adalah perintis perkhidmatan yang boleh membantu dalam pengendalian operasi pelbagai saluran secara serentak justeru membolehkan peniaga meningkatkan penglibatan mereka ke dalam pasaran.
Seterusnya, dapat mengembangkan perniagaan mereka ke kawasan lain. iStore iSend bersedia untuk memenuhi keperluan pergudangan, perkhidmatan mengambil dan membungkus, penghantaran atau pengesanan lokasi barangan serta aktiviti mengangkut muatan untuk para pelanggan.