Marketplace dalam talian memudahkan eCommerce

Bagi merealisasikan matlamat 2018 untuk menggandakan peniaga online dalam platform yang disediakan, Lazada telah bekerjasama dengan SSM, SME, Maybank dan Telekom Malaysia untuk melancarkan program eCommerce berintegrasi penuh yang dinamakan #Everyonecansell. Menjelang tahun 2018, Lazada menganggarkan seramai 50,000 peniaga online akan menggunakan Lazada sebagai platform perniagaan mereka. CEO Lazada, Hans Peter Ressel mengumumkan dalam Persidangan Peniaga eCommerce bahawa peserta program #Everyonecansell akan dapat akses penuh latihan eCommerce, pendaftaran perniagaan mudah, sambungan internet yang lebih baik dengan ‘online tools’ dan penyelesaian, serta sokongan kewangan melalui pinjaman dan akaun peniaga eksklusif.