MOLPay
MOLPay
Tentang MOLPay

Setiap gerbang pembayaran yang ditawarkan oleh syarikat lain memberikan kualiti yang berlainan terhadap perniagaan usahawan. Namun, MOLPay yakin untuk membantu membina perniagaan dengan reputasi global dari segi keyakinan pelanggan, keselamatan sistem operasi dan penjenamaan. Pembayaran Marketplace MOLPay ialah sistem penyelesaian pembayaran yang dibina untuk memudahkan jaringan pembayaran berbeza daripada peniaga-peniaga yang berlainan.

Melalui sistem pemprosesan automatik, ia dapat menbahagikan dan menguruskan pembayaran yang dilakukan antara peniaga. Sesuai untuk perniagaan bersifat operator marketplace yang mengupah peniaga bawahan untuk menjual produk atau perkhidmatan dalam platform marketplace.

Langkah / Ciri

  • Daripada platform peniaga utama, satu transaksi boleh dipisahkan kepada transaksi sub-peniaga yang lain-lain.
  • Peniaga utama boleh melihat paparan semua transaksi yang dilakukan namun sub-peniaga hanya boleh melihat transaksi sendiri.
  • Sub-peniaga yang mempunyai perniagaan berbeza daripada peniaga utama yang berlainan boleh memohon untuk senarai transaksi sendiri (yang tidak dapat dilihat oleh peniaga utama daripada platform lain).

Kelebihan

  • Mesra-Integrasi
    Pemasangan adalah mudah dengan sistem API mesra-pengguna yang disediakan.
  • Sistem Invois Dalam Talian
    Sistem penjejakan invois serentak dengan status pembayaran bagi memudahkan rujukan.
  • Penerimaan Pembayaran Mudah
    Selain membolehkan pelanggan untuk terus membuat bayaran di laman sesawang peniaga, mereka juga boleh menerima bil pembayaran melalui emel penyelesaian pembayaran sedia ada termasuk aplikasi telefon bimbit.
  • Laporan Dalam Talian Serentak
    Rekod laporan yang mesra pengguna akan menyimpan semua laporan transaksi, nisbah risiko penipuan, penyelesaian, ringkasan jualan dan sebagainya hanya dengan fungsi satu butang muat turun mudah.
  • Pengurusan Penipuan Berteknologi Tinggi
    Sistem MOLPay turut dilengkapi dengan sistem pengesan penipuan dan kawal selia penipuan.
  • Kumpulan Sokongan Dedikasi
    Kumpulan pengurusan MOLPay sentiasa bersedia untuk membantu pengguna dari masa ke masa.
  • Pengurusan Profil Peniaga
    Pengguna boleh mengawal sendiri panel kata laluan, maklumat dan URL (untuk kegunaan integtrasi sistem).
  • Keselamatan dan Kepercayaan
    Standard Sekuriti Data PCI (PCI DSS) mematuhi dengan tahap perkhidmatan 99.99% dengan sistem semasa.

Kadar Pembayaran

  • Caj Pemasangan
    • Premium: RM400
    • Lite: RM499

  • Caj Tahunan
    • Premium: RM499
    • Lite: RM0 (Seumur Hidup)

  • Transaksi Kad Kredit
    • Premium:
      3% Visa / MasterCard 3% atau minimum RM0.60 Perbankan Atas Talian
    • Lite:
      3.8% Visa / MasterCard 3.8% atau min. RM0.60 Perbankan Atas Talian
    • Ekstra:
      RM900 Untuk pendaftaran kali pertama untuk Gerbang Kad Kredit kepada bank