Nationwide
Nationwide
Tentang Nationwide

Ditubuhkan pada 1985, Nationwide Express adalah salah satu syarikat kurier tempatan yang berjaya. Aktiviti utamanya ialah penyedia perkhidmatan kurier. Dengan sokongan daripada 1,600 pekerja yang berdedikasi, 240 buah kenderaan dan 500 kurier motorsikal, Nationwide Express boleh menampung permintaan pelanggan dengan servis penghantaran yang cepat dari pintu ke pintu.

Bersifat efisien, Nationwide Express menggamit kepercayaan pengguna untuk penghantaran pantas barangan ringan dan berharga antara lokasi yang berbeza.

Perkhidmatan

  • Perkhidmatan Kurier
  • Pengendalian Khas / Ubah-Suai Mengikut Permintaan
  • Perkhidmatan Penghantaran Kargo
  • Produk Peruncitan & Sistem Penyelesaian Penghantaran
  • Borang Tempahan Metrobox Ekspres
  • NationCover

Kelebihan

Kurier Produk Standard dan Penyelesaian

  • Kutipan berjadual
    Penghantaran barangan kutipan harian ekspres berjadual
  • Kutipan Ekspres
    Tentukan masa penghantaran untuk barangan kutipan yang tidak berjadual dengan membuat panggilan kepada talian pelanggan
  • Penyerahan Ekspres
    Singgah sendiri di mana-mana stesyen, pusat penyerahan dan / atau cawangan runcit.

Produk dan Penyelesaian Kurier Premium

  • Servis Diplomat
    Penghantaran segera dari pintu ke pintu pada hari bekerja yang sama dalam Malaysia
  • Kutipan Tertangguh
    Melalui persetujuan awal, Nationwide Express juga menawarkan servis kutipan barang tertangguh tanpa mengganggu masa penghantaran pada hari seterusnya
  • Penghantaran Awal
    Melalui aturan awal, proses penghantaran segera boleh dilakukan pada awal pagi.