PayPal
PayPal
Tentang PayPal

PayPal memudahkan anda untuk menerima bayaran – dalam talian, melalui telefon bimbit atau emel, di mana sahaja anda berada. Anda boleh melancarkan urusan pembayaran perniagaan anda serta akses kepada aplikasi tambahan dengan hanya satu akaun PayPal.

Langkah / Ciri

  • Terima pembayaran dalam talian
  • Tambah PayPal pada laman sesawang anda
  • Hantar invois
  • Pembayaran Mudah Alih Melalui Telefon Bimbit

Kelebihan

  • Ringkas:
    Gerbang pembayaran PayPal lebih mudah untuk diintegrasikan dengan laman sesawang perniagaan. Ia juga membantu untuk mengemaskini laporan, sistem pemenuhan and ruang peralatan tanpa mengira saiz syarikat anda.
  • Pantas:
    Dengan PayPal, anda boleh menerima hampir semua jenis bayaran daripada pelanggan anda. Setelah pembayaran dilakukan, wang akan disalurkan ke dalam akaun anda dalam masa beberapa minit. Seterusnya, anda boleh memindahkan wang ke akaun bank anda atau membuat pembayaran terus kepada pembekal anda.
  • Selamat:
    PayPal menjaga keselamatan perniagaan dan pelanggan anda. PayPal dilengkapi dengan sistem imbasan penipuan automatik, kawalan transaksi 24 jam serta polisi perlindungan untuk melindungi anda.
  • Lancar:
    PayPal memastikan pengalaman berjual beli antara anda dan pelanggan sentiasa mudah dan lancar, tidak kira melalui laman sesawang, telefon bimbit atau aplikasi bagi memastikan pelanggan anda membeli dengan yakin.

Kadar Pembayaran

  • Caj Pemasangan: Percuma
  • Caj Tahunan: Percuma
  • Caj Transaksi Kad Kredit:
    • Domestik:
      3.9% + RM2.00
    • Luar Negara:
      4.4% + Caj Tetap berdasarkan mata wang yang diterima
    • Jualan di eBay dalam Malaysia:
      (Kadar standard) 3.4% + RM2.00
    • Jualan di eBay Luar Malaysia:
      (Kadard standard) 3.9% + Caj Tetap berdasarkan mata wang yang diterima