POS Laju
POS Laju
Tentang POS Laju

Pos Laju ialah syarikat kurier utama di Malaysia, menghubungkan lebih 80% kawasan populasi merentasi negara dengan perkhidmatan penghantaran hari seterusnya dan lain-lain. Pos Laju mempunyai liputan penghantaran terluas dan kumpulan kurier terbesar di Malaysia. Servis Pos Laju secara umumnya mencapai hampir keseluruhan kawasan di Malaysia malah mempunyai lebih 1,000 lokasi strategik di seluruh negara. Ini menjadikan Pos Laju sebagai penyedia perkhidmatan kurier yang lebih efisien dengan jaringan akses yang menghubungkan semua kawasan dalam Malaysia serta luar negara.

Perkhidmatan

  • Penghantaran Pos Laju Domestik
  • Penghantaran Hari Seterusnya
  • Penghantaran Pada Hari yang Sama
  • Penghantaran Pada Masa Tetap
  • Penghantaran Ekonomi Borneo Ekspress
  • Putrajaya Ekspres
  • Kotak Prabayar Pos Laju & Sampul
  • Penghantaran Antarabangsa

Kelebihan

  • Pek Pos Laju
    Pelanggan kini boleh menikmati Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju, ‘Bayar – Pek – Pos’ yang fleksibel dan mudah. Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju kini boleh didapati di mana-mana cawangan Pos Malaysia, cawangan Pos Laju, pusat perkhidmatan Pos Laju, kios dan agen berdaftar. Kotak dan Sampul Prabayar Pos Laju juga boleh diposkan melalui mana-mana kaunter Pos Laju.
  • Insurans Pos Laju
    Pos Laju menawarkan perlindungan insurans kepada pelanggan Pos Laju untuk meningkatkan perkhidmatan. Anda kini boleh memilih pakej perlindungan yang sesuai untuk penghantaran bungkusan melalui Pusat Pos Laju atau pejabat pos.

Penghantaran Hari Seterusnya

  • Penghantaran hari bekerja yang seterusnya (D+1) dalam lingkungan capaian kawasan Pos Laju. Untuk kawasan luar penghantaran Pos Laju, standard penghantaran hari bekerja sebanyak 2-3 hari adalah tertakluk.
Zon Dokumen (bawah 2KG) Bungkusan (atas 2KG)

Pertama
500gm

Seterusnya
500gm

2.001-2.5KG

Seterusnya 500gm

Zon 1

4.9
0.8
10.5
0.5
Zon 2
5.4
1
16
2
Zon 3
6.9
1.5
21
3
Zon 4
7.4
1.5
26
3.5
Zon 5
7.9
2
31
4

Penghantaran Hari yang Sama

  • Surcaj tambahan sebanyak RM6.00 untuk penghantaran dalam kawsan bandar yang sama dan RM7.50 untuk kawasan yang berlainan adalah tertakluk.
  • Kadar bayaran adalah tertakluk kepada surcaj bahan bakar, surcaj pengendalian dan 6% GST
Berat Bandar Yang Sama Bandar Berlainan

Caj
Domestik

Surcaj
Total
Caj
Domestik
Surcaj
Total

Bawah 500gm

4.9
6
10.9
5.4
7.5
12.9
500gm-700gm
5.7
6
11.7
6.4
7.5
13.9
750gm-1kg
6.5
6
12.5
7.4
7.5
14.9

Keterangan Zon

Zon Keterangan
Zon 1
Penghantaran Bandar yang Sama
Zon 2
Dalam kawasan Semenanjung Malaysia (SM), Sarawak, Sabah
Zon 3
Antara Sabah & Sarawak
Zon 4
Antara SM & Sarawak
Zon 5
Antara SM & Sabah