Program Level Up
Program Level Up

Program Level Up

Program eUsahawan Level-up adalah program lanjutan eksklusif untuk peserta yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam program eUsahawan.

Apa Yang Bakal Dipelajari

Program intensif yang meliputi 3 prinsip keusahawanan:

Pengurusan Perniagaan & Kewangan

Pengurusan Perniagaan & Kewangan

Pemikiran Reka Bentuk

Pemikiran Reka Bentuk

Lanjutan Pemasaran Digital

Lanjutan Pemasaran Digital

Memperkasakan eUsahawan melalui:

Pengurusan Perniagaan & Kewangan

Pengurusan Perniagaan & Kewangan

Pemikiran Reka Bentuk

Pemikiran Reka Bentuk

Lanjutan Pemasaran Digital

Lanjutan Pemasaran Digital

Sesi Temuduga Peserta eUsahawan Cemerlang

Satu sesi temubual pertama bersama 50 peserta eUsahawan telah dilaksanakan bertempat di Cradle Fund Sdn. Bhd. Para peserta yang terlibat adalah mereka yang telah disenarai pendek daripada 150 peserta eUsahawan.

Wakil-wakil MDEC telah bertemu dan mendekati para peserta yang terpilih untuk memastikan potensi-potensi besar ini dapat diketengahkan untuk menjana ekonomi negara dalam masa hadapan.

Sekitar Aktiviti Program Design Thinking

Seramai 50 orang usahawan terbaik telah dipilih oleh MDEC dan Cradle Fund Sdn. Bhd. melalui sesi temuduga khas. Mereka memulakan perjalanan sebagai peserta Program Level Up. Perjalanan ini hanya mempunyai satu tujuan — untuk melahirkan jaguh pasaran dalam arena global. Sepanjang 6-9 bulan, mereka telah dihidangkan dengan pelbagai jenis cabaran, bimbingan, dan didedahkan dengan pelbagai aspek yang akan memangkin pertumbuhan perniagaan, penjenamaan syarikat serta mematangkan usahawan sebagai individu yang berkepimpinan dalam bidang perniagaan.

Perjalanan mereka bermula dengan Program Design Thinking bersama Genovasi Malaysia pada 7 dan 8 Oktober 2017 untuk mengasah kemahiran diri dan mengubah set minda untuk menerima, menerokai dan menganalisa masalah sebenar yang dihadapi dalam dunia perniagaan dan cuba menyelesaikan cabaran tersebut menggunakan pendekatan baharu. Peserta juga memperoleh pengalaman melalui cabaran untuk menyelesaikan masalah, kepimpinan dan pengurusan kumpulan, temuduga kerja lapangan, membuat prototaip dan ‘pitching’ untuk membantu mereka menjalani Program Level Up eUsahawan. Selamat berjaya diucapkan kepada barisan usahawan cemerlang eUsahawan. Semoga kejayaan bersama anda semua!

Berminat untuk tahu lebih lanjut?