Tingkatkan kuasa perniagaan eCommerce anda

Kepentingan sistem pembayaran dalam talian kini semakin diberi perhatian seiring dengan peningkatan penggunaan eCommerce dalam urusan jual beli. Keperluan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi atau lebih dikenali sebagai API (Application Programming Interface) pada setiap gerbang pembayaran untuk membolehkan komunikasi antara dua sistem dijalankan. Gerbang pembayaran seperti PayPal dan iPay88 adalah antara contoh yang menggunakan sistem API ini. Sehubungan itu, Pipwave, sebuah produk utama Dynamic Podium Sdn. Bhd. telah dilancarkan sebagai platform penyelesaian pembayaran yang berupaya menggabungkan 200 kaedah pembayaran, menjadikan gerbang pembayaran dalam talian lebih murah dan selamat.